Kelas ICT – Father’s Day Word Decoder Puzzle & Make A Father’s Day Cake

16 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Father’s Day Word Decoder Puzzle dan Make A Father’s Day Cake kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran peserta menyahkod perkataan berasaskan simbol dan menjana kreativiti peserta menghasilkan kek sempena Hari Bapa.

Dalam sesi pertama kelas ini, setiap peserta diberi Father’s Day Word Decoder Puzzle yang berlainan dan mereka diminta untuk memadankan gambar dalam Word Puzzle dengan gambar yang sama dalam kekunci abjad. Mereka menulis huruf yang sepadan dalam kekunci abjad untuk menyelesaikan teka-teki menyahkod perkataan bagi melengkapkan ayat yang terpapar di kertas yang disediakan.

Pada sesi kedua pula, peserta dikehendaki mendekorasi kek Hari Bapa menggunakan laman web ABCya.com bertajuk Make A Cake. Peserta menghiasi kek masing-masing menggunakan peralatan yang terdapat dalam laman web ini seperti frosting, gula-gula, bunga, buah-buahan, huruf abjad, number dan lilin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali